10 Ciri Orang Berjaya Bertahan Lama Di ebay

by Apr 2, 2020

Ada masanya kita berada di atas dan ada juga masa kita berada di bawah. Itulah roda kehidupan yang sentiasa berputar.

Ada kalanya berjaya ada kalanya tidak. Ianya berputar-putar. Tetapi apakah ciri-ciri untuk kita berjaya dalam apa jua bidang yang kita usahakan?

Especially kita orang bisnes yang sememangnya banyak cabaran dan dugaan kan.

Andai bisnes di eBay adalah salah satu cabang yang korang pilih, you are in the same boat as me.

Jom kita sama-sama perbaiki diri untuk lebih berjaya dalam bidang yang sedang diterokai ini. Okey!

1) Sentiasa produktif

Perlu pandai uruskan masa dengan betul dan tidak lakukan perkara yang sia-sia. Sentiasa lakukan perkara yang datangkan faedah dan beri impak untuk tingkatkan produktiviti.

Sebagai contoh, soalan yang sama pembeli ataupun bakal pembeli akan tanya. Sediakan template dan hanya perlu copy & paste sahaja untuk jawab soalan itu ikut kesesuaian.

Kalau bisnes di eBay adalah sedikit mudah sebab kita memang gunakan platform e-commerce yang tak perlu nak layan karenah pelanggan sangat. 

Janji kena selalu rajin update listing produk dalam kedai eBay untuk pastikan lebih ramai orang datang shopping di kedai kita. Hehe.

2) Sentiasa fleksibel untuk berubah

Perubahan sentiasa berlaku dalam hidup, pekerjaan dan juga bisnes.

Sebagai contoh jika barang yang hari ni laku keras belum tentu tahun depan, bulan depan ataupun minggu depan masih lagi laku keras.

Kita kena bersiap sedia untuk lakukan perubahan yang impaknya pasti akan beri lebih banyak kebaikan kepada kita.

Kalau kita tak rela untuk berubah, kita akan diubah seiring dengan peredaran masa. Jadi, jom bina sikap fleksibel.

3) Suka bantu orang lain

Dunia ni pelik. Orang yang kita bantu belum tentu akan bantu kita di kemudian hari. Tetapi orang lain pula yang akan tolong kita di masa depan.

Tips nya ialah bila kita tolong orang, lupakan sahaja pertolongan kita itu. Insha Allah kemudian hari nanti akan ada orang lain pula yang akan tolong kita.

4) Dampingi orang yang berjaya

Kalau perasan, bila jumpa orang yang berjaya kita akan rasa diorang ada di satu level yang berbeza.

Orang berjaya ada aura mereka yang tersendiri. Ini yang kita nak belajar untuk capai kejayaan macam diorang.

Kita ada mentor dalam bisnes?

Kalau Sis Dila, Sifu Farhan adalah mentor untuk mantapkan lagi bisnes di eBay.

Ada isu yang berkaitan bisnes ini, memang akan terus rujuk sifu untuk shortcut buang masa kepada benda-benda yang tak penting.

Apa yang bestnya ialah kita follow step dia yang dah memang berjaya buat bisnes yang sedang kita usahakan ini. 

5) Ada sparring partner

Ini sangat penting. Jika tersasar dari landasan, kita ada seseorang untuk bercakap dan minta pandangan.

Adakalanya apa yang kawan kita atau pun sparring partner kita cakap itu sebenarnya kita dah tahu. Tapi sebagai manusia biasa, adakalanya kita berasa down.

Jika kita tiada sparring partner, kita boleh hadir bengkel ataupun kelas. Mereka yang datang bengkel ni memang minat dan tujuan yang sama.

6) Usah merungut dan mengeluh

Kata-kata yang keluar dari mulut dan minda kita adalah doa. Jadi ucapkan perkara positif je supaya kita sentiasa jadi orang yang sangat positif.

Kalau rasa bisnes yang kita buat sekarang lambat mendatangkan hasil atau resultnya tak seperti apa yang kita harapkan, buat result check.

Tengok semula apa aktiviti yang kita buat sepanjang run the business. Mungkin ada step yang kita terlepas pandang.

Teruskan usaha untuk jadi orang yang berjaya!

7) Tingkatkan motivasi sendiri

Sentiasa cari cara tersendiri untuk tingkatkan motivasi diri sekiranya kita rasa down. Hanya kita je faham diri sendiri dan macam mana kita nak keluar daripada belenggu masalah.

8) Explore perkara baru

Cara pengurusan sekarang mungkin berbeza dengan masa depan. Dengan kemajuan teknologi, ada banyak perisian baru untuk percepatkan kerja sekarang.

Jangan mudah rasa selesa dengan strategi dan flow bisnes yang kita buat sekarang. Ada benda-benda yang akan outdated pada satu masa akan datang.

Jadi, kita kena buka minda untuk terima segala info tentang perkara baru yang boleh bantu tingkatkan performance bisnes kita.

9) Bahagia dengan kejayaan orang lain

Sebenarnya dengan lihat kejayaan orang lain, ia beri inspirasi untuk kita lebih bersemangat untuk fokus dan berusaha untuk terus maju dan berjaya.

Jadi, pandanglah kejayaan orang lain dengan penuh rahmat. Tuhan hadirkan mereka di sekeliling kita untuk suntik semangat pejuang dalam diri kita.

Semoga satu hari nanti, kita akan ikut jejak langkah kejayaan mereka.

10) Tidak mudah berputus asa

Sentiasa cari jalan untuk selesaikan masalah. Orang yang berjaya tidak mudah putus asa dengan apa jua yang berlaku dalam hidup.

Jadi, kita kena belajar untuk cepat bangkit bila dilanda ujian.

Bisnes kita takkan sentiasa diatas, jadinya kita harus sentiasa upgrade diri untuk bersiap sedia hadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku pada masa akan datang.

Jom sama-sama bangunkan bisnes di eBay sebagai satu senjata bisnes baru kita. Semoga korang terus maju jaya!

ARTIKEL BERKAITAN

Cara Buat Pinjaman Rumah Hasil Bisnes Di Ebay

Cara Buat Pinjaman Rumah Hasil Bisnes Di Ebay

Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana boleh buat pinjaman rumah hasil berbisnes di ebay. Sebenarnya tak susah nak buat pinjaman perumahan ataupun kereta kalau tahu caranya. Sis Dila nak korang semua tahu bahawa bisnes di ebay ni memang real bisnes. Iyalah...

Cara Hantar Produk Ke Luar Negara

Cara Hantar Produk Ke Luar Negara

Korang ada yang takut nak buat bisnes di ebay sebab risau pasal urusan pos. Jangan risau sebab kita ada solusi untuk masalah korang tu. Bayangkan, kalau takda pos antarabangsa, mana mungkin kita semua boleh jana income di ebay kan. Tapi hakikatnya memang ada di...

Cara Untuk Buat Sale Setiap Hari

Cara Untuk Buat Sale Setiap Hari

"Sis Dila, macam mana nak konsisten dapat sales setiap hari ya?" "Sis Dila, saya dah 2 bulan tak ada sales di ebay. Macam mana ni?" " Sis Dila, saya dah buat listing tapi takda buyer pun." "Sis Dila, akaun ebay saya kena suspended, macam mana nak start bisnes?" Ini...

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *