Cara Untuk Buat Sale Setiap Hari

by Mar 24, 2020

“Sis Dila, macam mana nak konsisten dapat sales setiap hari ya?”

“Sis Dila, saya dah 2 bulan tak ada sales di ebay. Macam mana ni?”

” Sis Dila, saya dah buat listing tapi takda buyer pun.”

“Sis Dila, akaun ebay saya kena suspended, macam mana nak start bisnes?”

Ini antara soalan yang biasa saya terima daripada mereka yang dah membeli Panduan Export Mudah.

Kita belajar cara nak buat bisnes di ebay. Kadang saya mampu tersenyum je baca soalan-soalan yang mereka tanyakan.

Nak marah pun tak ada guna. Semuanya dah matang dan tahu apa yang terbaik untuk diri masing-masing.

Kalau benar berbisnes adalah passion kita, pasti kita akan all out untuk buat yang terbaik dalam bisnes. betul kan?

Apa jua masalah yang melanda, semua tu hanyalah small matters. Kita jalan terus untuk pastikan bisnes yang sedang diusahakan dapat hasil yang kita mahukan.

Kita tahu pasti ada sinar kejayaan di hujung jalan yang kita rasa sukar. Usaha sampai berjaya!

Kalau korang nak tahu, sebenarnya, tak kisah apa platform yang kita guna untuk bisnes, consistency adalah kunci kepada adanya sales masuk setiap hari.

Kalau tak konsisten, macam mana nak dapat sales?

Hari ini kita promote produk yang dijual, esok kita cuti. Lusa kita cuti lagi. Selang beberapa hari kemudian, kita promote semula.

Agak-agak orang perasan tak yang kita ni sebenarnya sedang berbisnes?

Haa, memang tak lah kan. Orang akan ingat kita saja je nak test market. Betul atau tidak, kalau saya kata sales di kedai kita bergantung kepada usaha yang kita buat?

Nak sales yang banyak, kita kena usaha lebih.

Kalau kita berbisnes di ebay ni, listing di kedai memainkan peranan yang penting. Takkan kita listing satu barang dan nak terus dapat sales konsisten setiap hari.

Bayangkan kedai ebay kita tu macam kedai runcit yang selalu masuk. Semua produk ada, memang senang nak shopping. Jadi, kita memang kena rajin buat listing di kedai ebay.

Lepas tu, sentiasa update produk-produk yang hot di ebay. Produk hot 2 bulan lepas, belum tentu masih lagi hot sekarang.

Kita perlu ikut trend dan demand semasa. Kalau tidak memang kedai kita takkan ada sales.

Okey, apa yang penting untuk sales terus konsisten masuk, kita masuk kedai setiap hari.

Buat daily update dan dapatkan info terkini. InshaAllah, bila kita dah dapat rentak, sales akan masuk tanpa kita sedar pun.

Sis Dila biasa akan share di channel telegram Bisnes Santai Bersama Sis Dila untuk segala update tentang produk yang laku di ebay.

Jadi, korang yang berbisnes di ebay akan sama-sama alert dengan trend terkini.

Kita usaha, belajar dan terus buat. Dengan panduan yang ada, InshaAllah kita akan on track untuk teruskan bisnes di ebay.

ARTIKEL BERKAITAN

Cara Nak Mulakan Bisnes Di Ebay

Cara Nak Mulakan Bisnes Di Ebay

Ramai yang masih blur tentang bisnes di ebay. Ada yang tertanya-tanya, macam mana kita nak mulakan bisnes di ebay. Sebenarnya bisnes di ebay ni tak lah susah mana. Lagi-lagi bila kita ada guideline yang boleh di follow. Jadi, kat sini Sis Dila nak share 1 video...

Apa Yang Diajar Dalam Panduan Export Mudah

Apa Yang Diajar Dalam Panduan Export Mudah

Dalam blogpost kali ini, Sis Dila nak kongsikan dengan korang tentang apa yang diajar dalam Panduan Export Mudah. Sis Dila nak korang tahu bahawa ini adalah ebook / panduan yang paling complete Sis Dila pernah jumpa - yang mana ajar tentang bisnes di ebay secara step...

Apa Kata Mereka Yang Dah Berjaya Buat Bisnes Di Ebay

Apa Kata Mereka Yang Dah Berjaya Buat Bisnes Di Ebay

Sekarang dah makin ramai sahabat ebay Sis Dila yang berkongsi kisah kejayaan mereka berbisnes di ebay. Alhamdulillah, syukur sangat sebab dah makin tersebar luas ilmu berbisnes di ebay. dan ada sahabat yang boleh support each other untuk sama-sama grow berbisnes di...

3 Comments

  1. Imah rahmat

    Nk belajar sis sila ajar saya

    Reply
    • adilahibrahim

      Boleh sis, follow telegram sis dila -> t.me/ebaymudah

      Reply
  2. Asari Puniran

    Satu ilmu yg bermenefaat

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *