Cara Nak Cari Supplier Untuk Produk Di Ebay

by Mar 17, 2020

Ramai yang ada ketakutan untuk berbisnes di ebay sebab ia adalah satu platform antarabangsa. Tapi tahukah korang bahawa bisnes di ebay adalah sangat mudah?

Korang tak perlu pun nak berurusan dengan supplier antarabangsa untuk dapatkan produk-produk yang ingin dijual di ebay.

Sis Dila nak tanya, korang boleh cari tak kat mana ada jual maggi?

Kalau korang boleh tahu kat mana nak dapatkan maggi, maksudnya korang dah jumpa supplier. Mudah kan?

Konsep paling mudah yang korang perlu pasak dalam minda, supplier ada di sekeliling kawasan korang.

Tahu tak bahawa kedai-kedai runcit atau kedai serbaneka di kawasan perumahan korang adalah supplier terbesar yang boleh bantu bisnes korang di ebay.

Ingat, kita tak perlu simpan stok untuk nak mula bisnes di ebay. Ada orang beli, baru kita cari stok barang dan terus pos.

Okey, mesti ada yang nak tahu macam mana kalau barang-barang yang dipesan tu tak ada di kedai sekeliling kita?

Sekarang kita ada kedai online kan. Korang boleh gunakan shopee atau lazada untuk dapatkan barang yang tak ada tu.

Kalau nak lagi senang, korang google dan bandingkan harga. Mana yang lebih murah, itu yang korang beli stok. Kita nak profit tinggi kan. Hehe~

Proses ini berulang-ulang untuk untuk kita dapatkan stok daripada supplier. Tak dapat cari offline, kita cari online. Manfaatkan teknologi yang ada kan.

Untungnya sekarang ni kita ada panduan untuk belajar buat bisnes di ebay. Jadi memang lebih pantas kita nak faham steps untuk berbisnes.

Takda lah kita nak kena langgar dinding kan. Follow apa yang orang berjaya buat, InshaAllah kita pun boleh berjaya macam diorang.

ARTIKEL BERKAITAN

Cara Nak Mulakan Bisnes Di Ebay

Cara Nak Mulakan Bisnes Di Ebay

Ramai yang masih blur tentang bisnes di ebay. Ada yang tertanya-tanya, macam mana kita nak mulakan bisnes di ebay. Sebenarnya bisnes di ebay ni tak lah susah mana. Lagi-lagi bila kita ada guideline yang boleh di follow. Jadi, kat sini Sis Dila nak share 1 video...

Apa Yang Diajar Dalam Panduan Export Mudah

Apa Yang Diajar Dalam Panduan Export Mudah

Dalam blogpost kali ini, Sis Dila nak kongsikan dengan korang tentang apa yang diajar dalam Panduan Export Mudah. Sis Dila nak korang tahu bahawa ini adalah ebook / panduan yang paling complete Sis Dila pernah jumpa - yang mana ajar tentang bisnes di ebay secara step...

Apa Kata Mereka Yang Dah Berjaya Buat Bisnes Di Ebay

Apa Kata Mereka Yang Dah Berjaya Buat Bisnes Di Ebay

Sekarang dah makin ramai sahabat ebay Sis Dila yang berkongsi kisah kejayaan mereka berbisnes di ebay. Alhamdulillah, syukur sangat sebab dah makin tersebar luas ilmu berbisnes di ebay. dan ada sahabat yang boleh support each other untuk sama-sama grow berbisnes di...

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *