Cara Hantar Produk Ke Luar Negara

by Mar 26, 2020

Korang ada yang takut nak buat bisnes di ebay sebab risau pasal urusan pos. Jangan risau sebab kita ada solusi untuk masalah korang tu.

Bayangkan, kalau takda pos antarabangsa, mana mungkin kita semua boleh jana income di ebay kan.

Tapi hakikatnya memang ada di kalangan kita yang masih tak tahu sebenarnya banyak kurier yang tawarkan perkhidmatan hantar barang ke serata dunia.

Antaranya ialah;

– DHL

– Flexipack International Pos Malaysia

– Singapore Post (SingPost)

Tapi ramai yang gunakan flexipack dari Pos Malaysia sebab murah jika nak dibandingkan dengan DHL.

Tapi kekurangan pada Flexipack Pos Malaysia adalah harga akan naik setiap 6 bulan dan tracking number kena beli asing.

Dulu saya guna perkhidmatan Pos Malaysia tapi bila harga dah makin mahal saya tukar kepada SingPost.

SingPost sangat berbaloi dan murah berbanding dengan Flexipack International.

Apa yang saya suka dengan SingPost ni adalah dapat jimatkan masa kerana mereka akan datang sendiri untuk pickup barang di rumah.

Simptom mak-mak yang berbisnes online, memang dia nak semua benda mudah. Iyalah, sambil uruskan hal anak-anak, bisnes pun dapat berjalan macam biasa.

Oh ya, selain itu, harga untuk hantar barang yang ringan sangat murah dan harga dah termasuk sekali dengan tracking number.

SingPost perlu didaftar secara online. Daftar dia sangat mudah dan cepat. Korang boleh rujuk dalam panduan bisnes di ebay, sebab semuanya ada diajarkan.

ARTIKEL BERKAITAN

10 Ciri Orang Berjaya Bertahan Lama Di ebay

10 Ciri Orang Berjaya Bertahan Lama Di ebay

Ada masanya kita berada di atas dan ada juga masa kita berada di bawah. Itulah roda kehidupan yang sentiasa berputar. Ada kalanya berjaya ada kalanya tidak. Ianya berputar-putar. Tetapi apakah ciri-ciri untuk kita berjaya dalam apa jua bidang yang kita usahakan?...

Cara Buat Pinjaman Rumah Hasil Bisnes Di Ebay

Cara Buat Pinjaman Rumah Hasil Bisnes Di Ebay

Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana boleh buat pinjaman rumah hasil berbisnes di ebay. Sebenarnya tak susah nak buat pinjaman perumahan ataupun kereta kalau tahu caranya. Sis Dila nak korang semua tahu bahawa bisnes di ebay ni memang real bisnes. Iyalah...

Cara Untuk Buat Sale Setiap Hari

Cara Untuk Buat Sale Setiap Hari

"Sis Dila, macam mana nak konsisten dapat sales setiap hari ya?" "Sis Dila, saya dah 2 bulan tak ada sales di ebay. Macam mana ni?" " Sis Dila, saya dah buat listing tapi takda buyer pun." "Sis Dila, akaun ebay saya kena suspended, macam mana nak start bisnes?" Ini...

3 Comments

  1. Asmiah

    Good Job

    Reply
  2. Hamizon

    Salam puan, Singpost kat Klang, Selangor rasanya tak ada.

    Reply
    • adilahibrahim

      Waalaikumussalam, bos perlu telefon pihak singpost untuk dapatkan confirmation. 🙂

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *