Cara Buat Pinjaman Rumah Hasil Bisnes Di Ebay

by Mar 31, 2020

Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana boleh buat pinjaman rumah hasil berbisnes di ebay. Sebenarnya tak susah nak buat pinjaman perumahan ataupun kereta kalau tahu caranya.

Sis Dila nak korang semua tahu bahawa bisnes di ebay ni memang real bisnes. Iyalah kan, kita boleh buat pinjaman asbab berbisnes di ebay.

Syaratnya mudah sahaja, kita serius dalam berbisnes dan follow steps yang sifu dah kongsikan, InshaAllah kita pun boleh jadi seperti diorang.

Ini cara Tuan Fazley dan Tuan Farhan buat pinjaman perumahan dengan gunakan hasil dari berbisnes di ebay.

Oh ya, Tuan Fazley dan Tuan Farhan yang buat Panduan Export Mudah. Jom baca perkongsian mereka.

Ikut langkah di bawah ya:-

1) Bayar cukai pendapatan

Ini sangat penting. Bank hanya akan berikan pinjaman kepada mereka yang mampu sahaja.

Perlu diingat yang bank hanya berurusan dengan pihak yang hanya boleh beri potensi keuntungan kepada mereka sahaja.

Apa yang perlu anda buat adalah mengupah pihak untuk menguruskan akaun anda. Mengupah mereka untuk mengira berapa cukai yang perlu dibayar.

Selepas dapat tafsiran berapa yang perlu dibayar, samada anda yang bayar sendiri ataupun anda boleh minta mereka untuk bayarkan bagi pihak anda.

2) Perlu ada rekod hutang dengan bank

Anda perlu ada rekod hutang dengan bank. Ini bagi pihak bank melihat pola ataupun corak pembayaran anda dengan bank.

Jika corak pembayaran anda cantik, peluang anda sangat cerah untuk pihak bank luluskan pinjaman.

Jika tiada pinjaman dengan bank, anda boleh mulakan dengan membuat pinjaman Amanah Saham Bumiputra (ASB) bagi bumiputra.

Ataupun apa-apa pinjaman lain yang membolehkan pihak bank melihat pola pembayaran anda.

3) Semak dengan CCRIS dan CTOS

Secara ringkasnya CCRIS dan juga CTOS ini adalah pihak yang merekodkan segala hutang dan rekod pembayaran anda.

Pastikan rekod anda cantik dengan CCRIS dan CTOS. Jika rekod CCRIS dan CTOS anda tidak baik, pastikan anda melangsaikan segala tunggakan hutang dahulu.

Kemudian bayar hutang anda dengan bank ataupun pihak lain dengan baik iaitu sebelum ataupun pada tarikh akhir bayaran.

Selepas buat semua langkah ini apa perlu dilakukan lagi?

Selepas buat semua perkara seperti diatas, ambil pandangan dan nasihat daripada pegawai bank yang terlibat dalam pinjaman perumahan.

Tunjukkan kepada mereka bukti pembayaran cukai pendapatan anda beserta rekod CCRIS dan CTOS anda.

Pegawai bank akan menilai rekod anda dan akan membuat tafsiran berapa yang anda layak untuk membuat pinjaman.

Ini sangat penting bagi memastikan anda tidak membuat sebarang kerugian terutamanya jika anda membeli rumah lelong.

Tidak susah dan tidak mudah sekiranya anda tahu. Yang penting anda siap sedia sebelum membuat sebarang pinjaman perumahan.

Penafian:

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap kesan perundangan yang mungkin dihadapi pembaca dengan mengikuti artikel ini. Sila hubungi pihak yang terlibat bagi mendapatkan nasihat undang-undang.

Sumber – rentassempadan.oom

Semoga artikel ini dapat bantu korang untuk buat perancangan nak beli rumah.

 

ARTIKEL BERKAITAN

10 Ciri Orang Berjaya Bertahan Lama Di ebay

10 Ciri Orang Berjaya Bertahan Lama Di ebay

Ada masanya kita berada di atas dan ada juga masa kita berada di bawah. Itulah roda kehidupan yang sentiasa berputar. Ada kalanya berjaya ada kalanya tidak. Ianya berputar-putar. Tetapi apakah ciri-ciri untuk kita berjaya dalam apa jua bidang yang kita usahakan?...

Cara Hantar Produk Ke Luar Negara

Cara Hantar Produk Ke Luar Negara

Korang ada yang takut nak buat bisnes di ebay sebab risau pasal urusan pos. Jangan risau sebab kita ada solusi untuk masalah korang tu. Bayangkan, kalau takda pos antarabangsa, mana mungkin kita semua boleh jana income di ebay kan. Tapi hakikatnya memang ada di...

Cara Untuk Buat Sale Setiap Hari

Cara Untuk Buat Sale Setiap Hari

"Sis Dila, macam mana nak konsisten dapat sales setiap hari ya?" "Sis Dila, saya dah 2 bulan tak ada sales di ebay. Macam mana ni?" " Sis Dila, saya dah buat listing tapi takda buyer pun." "Sis Dila, akaun ebay saya kena suspended, macam mana nak start bisnes?" Ini...

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *