Take a fresh look at your lifestyle.

Tips Kekal Semangat Setiap Hari

59

“…Nah, 3 tips cara nak kekal semangat setiap hari…”

Macam mana nak kekal semangat setiap hari ye…

Kadang bangun pagi semangat berkobar-kobar, tak dan sampai tengahari dah layu balik.

Ada pulak tu, hari ni ok, esok down. Adeh! Tak leh blah macam ni kan…

Sis Dila pun sama, ada masalah ni juga.

Jom, kita tengok ni. Sis Dila baca dari 1 blog dan share sini. Mana tau dapat bantu kita sama kan…

Kekal semangat setiap hari

𝟏-Tanya diri sendiri sama ada aku ni dalan comfort zone or survival zone?

Untuk yang buat bisnes, benda ni memang tersangatlah penting.

Ini menentukan di mana minda kita nak stay.

Biasalah kan, kalau kita rasa selesa sikit, mula lah dah malas nak buat yang selama ni kita buat seperti sebelumnya. Nak releks sikit kan…

Tapi kalau minda kita sentiasa pikir macam mana nak capai target, tak ok plan B dia akan pikir lan C. Sampailah menjadi.

So kita decide sendiri, sebab kita yang lebih tau.

Kan?

Jom tengok tips kekal semangat setiap hari yang ke 2 pula.

Sumber : motivatedonline

𝟐- Kena jelas dengan passion dan purpose masing-masing

Kena jelas dengan apa yang kita nak buat dengan apa yang kita kena buat sebagai hambaNya.

Bila jelas dengan apa yang kita nak, baru kita boleh kekal fokus dan buat susuatu dengan konsistent.

Perlu tulis?

Kalau tanya Sis Dila, jawapannya YE.

Bila kita tulis, kita baca – dia lagi datang feel tu.

Bila buat bisnes, dan sale mencanak naik seperti perancangan dengan izinNya, apa kita kena buat sebagai seorang hambaNya?

Berkongsi rezeki dengan yang sepatutnya ikut kemampuan. Utamakan keluarga terdekat dahulu.

Bila ada kawan-kawan down dan minta tolong, luangkan masa untuk mendengar…jaga silaturrahim

Macam-macam lagilah yang boleh kita buat. kan…?

Baca tentang Petunjuk Jalan Kekayaan di sini

𝟑- Kena ada support system – Untuk kekal semangat setiap hari

Iye, ini pun tersangatlah penting.

Ia bukan hanya merujuk pada mesin-mesin atau segala jenis tool yang kita ada.

Tapi merujuk pada seseorang/sekumpulan yang boleh support kita masa kita tengah down. Tengah gesek biola sorang-sorang tepi katil.

Yang boleh meminjamkan telinga dan bahu untuk kita meluahkan sesuatu.

Macam Sis Dila, support sistem yang sangat bermakna adalah suami dan anak-anak, sifu bisnes yang selalu bersama, dan circle yang terpaling disayangi

Tak lupa juga kawan-kawan yang selalu buat kita ketawa dan nangis sama-sama.

Dalam perjalanan bisnes, kadang benda simple pun boleh bawa kesan luar biasa pada emosi, so kat sinilah pentingnya peranan support system.

Biasa mereka ini adalah yang memang dah kenal rapat kita.

Kalau ada rasa nak down, cepat–cepat cari support system kita. Luah dan share. Bila kena basuh dan tembak sikit, in shaa Allah kembali bersemangat.

Kita try apply yang 3 ni dulu… In shaa Allah boleh kekal bersemangat setiap hari.

So dah nampak jalan dia cara nak kekal semangat setiap hari?

Dah mula bersemangat?

Nak lagi semangat?

Cepat-cepat komen ni 💪 kat bawah ye.

Leave A Reply

Your email address will not be published.