Take a fresh look at your lifestyle.

Doa Hebat Dari Ustaz Rizam

89

Pagi ni Sis Dila nak share nota kuliah dan satu doa hebat dari Ustaz Rizam.

Seonok dengar kuliah dari Ustaz Rizam ni, sambil dengar sambil buat nota. Bila free, boleh tengok-tengok balik.

Ini buku nota Sis Dila. Sengaja beli yang cantik supaya bersemangat nak tulis, suka tengok dan belek-belek buku ni.

Ni pun sealah satu bentuk nak pujuk emosi juga..hhehe.

Biasa Sis DIla tengok kuliah ustaz kat sini je. Tengok online. Sekarang semua mudah.

Petanda Rindu Dengan Allah

Tanda orang yang sentiasa rindu dengan Allah.

1- Sentiasa ingat padaNya

2- Sentiasa sebut-sebut  Allah

3-Hatinya sentiasa ingat

4-Dipujanya Allah

5-Diingatnya Allah

Nak tau cara sentiasa kekal bersemangat setiap hari? Sis Dila ada share kat sini

Doa Hebat Dari Ustaz Rizam

Ni catatatn dari kuliah yang Sis Dila dengar dari Ustaz Rizam.

Share kat sahabat semua sama di sini, supaya lebih ramai dapat manfaat dari catatan yang Sis Dila salin ni.

Gambar kat bawah ni, adalah doa yang Ustaz Rizam ajarkan.

Iye… kita berserah dan bergantung hanya pada Allah yang bersifat Maha Hidup dan yang tak pernah mati.

Bergantung pada manusia – manusia akan mati

Bergantung pada harta – harta akan habis

Bergantung pada kudrat  – sampai masanya kudrat akan lemah

Tapi bila kita bergantung pada Allah, Allah tak akan mati-mati, Allah tak akan lemah, perbendaharaan Allah tak akan kurang.

Dialah segalanya.

Selama ini dalam sedar dan tanpa sedar, kita banyak bergantung pada makhluk Allah.

Kali ni kita belajar untuk tukar, bergantung sepenuhnya pada yang mencipta segala makhluk itu.

Kita belajar untuk bergantung harap padaNya sepenuhnya.

Sis Dila pun sedang belajar… jom sama-sama.

P/s – Boleh terus share ye doa hebat dari Ustaz Rizam ni kepada kawan-kawan lain sama💖

Leave A Reply

Your email address will not be published.