Jahit Lencana Si Pipi Comel

by Mar 4, 2020

“Ibu, kawan Oya gelak..dia siap tanya kenapa lencana tinggi sangat”

Gelak besar Oya bila Sis Dila tanyakan tentang kawan dia perasan tak tentang kelainan lencana sekolah dia. 😂

Kisahnya macam ni,

Jumaat lepas, Oya terlupa keluarkan pen dalam baju sekolah dan terus masukkan bajunya dalam bakul baju kotor.

Si abang pula, memang tugas dia basuh baju.

So dia just humban bakul baju putih masuk dalam mesin dan tekan POWER ON dengan riang ria.

Bila nak jemur baru perasan yang semua tudung dan baju sekolah Oya dah bermandi dakwat hitam.

Apa yang fairnya, semua baju dan tudung Oya sahaja yang terkena dakwat hitam tu. 😅

Kebetulan yang buatkan Ayie dan Adam tarik nafas lega sebab baju sekolah diorang selamat.

Ibu pun dah mula rasa semacam.

Terus ambil tudung Oya yang penuh dakwat tu suruh dia bawa tunjuk dekat abahnya.

Denda kecuaian – beli tudung sendiri dengan duit simpanan sendiri!

Denda tu adalah untuk buat Oya lebih berhati-hati. 😍

Geram ibu dengan anak perempuan nan seorang ni, tapi tak kemana pun.

Kesian pula tengok Oya monyok dengan rasa bersalah.

Sis Dila ada try-try basuh balik dan tonyoh-tonyoh. Tapi tak berhasil.

Sudahnya semalam, rushing pergi beli tudung baru dan terus jahit lencana tanpa Oya try pun.

Konfiden seorang ibu yang everything gonna be OK.

Bila Oya pakai tudungnya masa nak pergi sekolah, berkerut-kerut muka dia.

Sis Dila pun tak tahan gelak, sebabnya lencana sekolah tu dah ada di level pipi dia.

Sudahnya kami gelak besar sama-sama. Nak jahit balik dah terlambat sangat dah.😂

Oya pakai yang seadanya ke sekolah, dengan harapan kawan tak perasan.

Tapi harapan tinggal harapan. 

Kawan-kawan perasan dan siap tanya ‘Ko pakai tudung siapa wei..”

Huhu, kejadian demi kejadian yang berlaku mendekatkan kami semua.

Family bonding gitu~

Sudahnya malam tadi, sekali lagi jadi tailor terjun.

Tetas balik lencana dan jahit balik dengan jayanya.

Inilah jadinya bila ibu hidup dengan tagline- Ibu lebih tahu.

Semuanya gara-gara tengok cerita dongeng Rapunzel tu.

Anak-anak fikir apa sahaja situasi ibu boleh setelkan.

Memang menyotong la ibunya. Adoi la anak!

Kali ni bila Oya try, dah ok!👌

Hari ini dah dapat pergi sekolah dengan happy dah.

Refleksi untuk kita sebagai ibu dan ayah;

Kadang-kadang, kita memang rasa nak sembur kemarahan pada anak.

Tapi bila pandang balik muka anak-anak rasa kesian sangat dan bila fikir balik sudah tentu dia pun tak nak jadi macam tu.

ARTIKEL BERKAITAN

10 Ciri Orang Berjaya Bertahan Lama Di ebay

10 Ciri Orang Berjaya Bertahan Lama Di ebay

Ada masanya kita berada di atas dan ada juga masa kita berada di bawah. Itulah roda kehidupan yang sentiasa berputar. Ada kalanya berjaya ada kalanya tidak. Ianya berputar-putar. Tetapi apakah ciri-ciri untuk kita berjaya dalam apa jua bidang yang kita usahakan?...

Cara Buat Pinjaman Rumah Hasil Bisnes Di Ebay

Cara Buat Pinjaman Rumah Hasil Bisnes Di Ebay

Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana boleh buat pinjaman rumah hasil berbisnes di ebay. Sebenarnya tak susah nak buat pinjaman perumahan ataupun kereta kalau tahu caranya. Sis Dila nak korang semua tahu bahawa bisnes di ebay ni memang real bisnes. Iyalah...

Cara Hantar Produk Ke Luar Negara

Cara Hantar Produk Ke Luar Negara

Korang ada yang takut nak buat bisnes di ebay sebab risau pasal urusan pos. Jangan risau sebab kita ada solusi untuk masalah korang tu. Bayangkan, kalau takda pos antarabangsa, mana mungkin kita semua boleh jana income di ebay kan. Tapi hakikatnya memang ada di...

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *