Take a fresh look at your lifestyle.

Suna, Kucing Biasa Tapi Jadi Luar Biasa

111

Tips jaga kucing – nak bagi kucing biasa jadi luar biasa 😍

Mula-mula amik Suna dari jiran bulan 5 tahun lepas, dia masih kecil. Dalam 3-4 minggu je.

Sekarang dah 5.5kg dah, setanding dengan beras 5kg yang kami 1 family makan untuk 2 minggu.

Suna ni asalnya kucing biasa. Dia ada 4 beradik. Dia yang paling cantik dan bulu agak gebu.

Then Oya, teringin sangat nak bela dia.

Suna ni memang stay dalam bilik Oya, sejak kami bela dia sampailah sekarang.

Syarat untuk bela Suna ni, Oya kena pastikan bilik sentiasa kemas dan tersusun.

Bila dah makin besar, makin handsome pula Suna ni..ala-ala Korea gitu!

Ada yang kata Suna ni mix Parsian, ada juga yang kata mix Maincoon bila tengok bulu di leher dia.

Tapi hakikatnya, dia kucing biasa yang diberi penuh kasih sayang bersama makanan berkhasiat.

Ni antara yang kami sekeluarga buat untuk Suna. Tips jaga kucing.

Ni girlfriend Suna kat rumah.

1- Tidak kurung dia, bagi lepas bebas tapi dalam kawalan.

2- Jika dia nak mencakar sofa atau benda yang terlarang, terus tegur dan buat-buat marah. Supaya dia faham

3- Luang masa untuk layan dia main. Sediakan mainan. Murah-murah pun ok. Alah beli kat Shopee je pun.

4- Sediakan kotak untuk dia masuk dan landing-landing. Sis Dila pun agak lambat tau, bahawa kucing sukakan kotak- lagi sempit lagi dia suka. janji dapat masuk badan dia.

5- Bagi makanan yang sesuai dengan dia. Kami bagi Suna dan Grey Equilibrio yang untuk bulu tu.

6- Jangan selalu tukar makanan. Nanti boleh sebabkan cirit.

7- Air kena selalu ada. Kucing cepat dahaga kalau banyak main.

8- Sediakan persekitaran yang selesa dan bersih. Habuk boleh sebabkan bulu-bulu dia kotor dan bergumpal.

9- Kami jarang sikat bulu Suna pakai sikat, tapi pakai jari dan selalu gosok-gosok bulu dia.

Then boleh pakai roller untuk keluarkan bulu yang gugur. Alhamdulillah so far tak ada jumpa yang bergumpal lagi.

10- Bekas poo, kena selalu bersih. Biasa kena ingatkan Oya setiap masa pasal ni.

Kami pakai yang jenis ada jaring di bawah. So senang nak bersihkan.

Tak susah pun nak jaga Suna ni. Janji makan minum cukup dan kita layan dia.

Dia dah cukup happy sampai melompat-lompat dah. Itulah dia tips jaga kucing yang kami buat untuk Suna dan Grey.

Semoga Suna panjang umur dan dapat terus teman Oya walau bila ibu dah tak ada nanti.

Jom up gambar kucing korang lak… Suna nak tengok ni 😉

p/s- Muka Suna baru bangun tido.

Leave A Reply

Your email address will not be published.