Take a fresh look at your lifestyle.

Sahabat Sampai Syurga

35

Lama sungguh tak berjumpa dengan kawan-kawan. Tak kiralah kawan bisnes ke, kawan sekolah ke… semuanya dah lama tak jumpa.

Rindu… sudah pasti ada bergayut di birai hati ini. Melambai-lambai untuk sebuah pertemuan.

Ececeh… pandai bergayut di birai hati lah pulak..hahaha,

Actualy bila geng ajukan cadangan nak jumpa hujung minggu hari tu, dalam dua lagi. Antara boleh dan tidak.

Sebab Sabtu dah ke Shah Alam, then Ahad tu kalau nak keluar lagi takut tak dapat permit pulak.

Memula plan di Nilai, huhu… Nampak gaya macam tak leh join lah.

Then, sebab gigih nak join jumpa ni, aku propose geng untuk jumpa di Bangi. Kalau di Bangi, cerah sikit harapan nak dapat join sama.

Bermula plan nak jumpa pukul 3.00 petang di Restoran Mohd Chan, tak semena-mena hujan teramatlah lebat masa tu… tapi sebab dah janji dan semua dah on the way, memang on juga lah.

Hujan hari tu memang lebat, tak mustahil ada banjir kilat di mana-mana tu.

Aku keluar dari rumah pun dah 3.15 bila Mir call kata dah nak sampai.

Then dia cakap dia ada kat Watson beli air kontek lens katanya… hahha..dalam hujan pun sempat lagi dia nyinggah.

” Mu mari laa amik aku sini, hujan ni..aku tak leh gi tempat kereta…” hahaha… dan aku pun gi lah ambik dia dengan penuh sweet dan baik hati.

Nampaknya, kami kena tukar tempat, sebab Restoran Mohd Chan macam penuh je. So aku suggest ke Red Card je lah.

Bila call Mija, dia kata dia baru keluar Tol Bangi, tak semena-mena destinasi kami berubah untuk kali ke 3.

Kalau macam tu, jumpa di Bangi Gateway lah. Tak susah-susah meredah hujan nak parking. Bijak juga idea Mija ni untuk jumpa di mall.

Dok pusing Bangi dalam hujan saja pun dah hampir sejam. Ni belum jumpa dan borak lagi. Huhu…

Dari pukul 3.00 petang, pukul 4.15 baru dapat berkumpul. Semua dah kelaparan.

Apa taknya siap masing-masing pesan suruh jangan makan. Kosongkan perut untuk makan sama-sama gituh! Sehati sejiwa kan 😉

Sama-sama pilih dan ok untuk makan di Homst.

Satu orang pilih satu lauk… dan terciptalah menu semacam ini.

Serius talk, sebab ada topik hot yang kami bincangkan. Sorang-sorang muka dah berkerut membayangkan segala kemungkinan untuk topik berat di petang hari itu.

Dah hampir lepas setengah jam lauk pauk dan sayur sampai, tapi nasi tak muncul-muncul juga.

Bila ditanya, barulah tau rupanya nasi dah habis. Uk alohhh.. dah la perut punyalah lapar. Huhu… last makan pagi kot. Ni dah nak pukul 5 petang dah. Gara-gara kosongkan perut.

Lama juga tunggu, dah borak macam-macam topik dah baru lah nasi sampai.

Bila tengok Mir dan El just makan sikit sahaja dan tolak nasi ke tepi, aku macam pelik pula. Nape tak habis tu.

“Aku sero nasi ni macam metoh lah…”

“Aku pun… “

Aku dengan Mija pula, macam ok je nasi kami. Maybe yang bahagian bawah-bawah kot. Tak rasa mentah langsung.

Sudahnya, lauk licin, tapi nasi tak dapat habis sebab kementahan. Haru sungguh. Dah lah kawan-kawan datang jauh-jauh.

“Rasa nak makan kek lah… “

“Aku rasa ada Secret Resepi bawah ni..”

Tak perlu tanya persetujuan pun. Terus kami beredar.

Mir belanja makan di Homst. Semoga Allah kurniakan rezeki melimpah ruah untuk Mir.

Sekali lagi di Secret Recipe bersambung topik hot kat Homst tadi yang tergendala gara-gara nasi mentah.

Walau staf dia nampak macam garang sikit, mungkin sebab kepenatan kot… tapi kek pink ni sangat sedap.

Tak lama di sini. Kami terpaksa bersurai sebab berkejar nak solat Asar sama. Rasa macam kejap je jumpa.

Mir terus balik, Mija dan El follow aku dan singgah solat kat opis aku jap. Sempat lagi sambung discussion. haha.

Banyak topik nak diskas. Cover untuk 2 tahun.

Dari peristiwa nasi mentah ni, 2 hari perut aku angin..huhu.

Seronok jumpa kawan-kawan. Paling penting dapat ngila sama-sama. Awet muda!.

Lepas hilang segala stress.

Harap lepas ni keadaan kembali ok dan kami semua bolehlah kerap berjumpa untuk refill jus awet muda. Hahaha.

Semoga persahabatan terus berkekalan hingga ke jannah. Aamin

Leave A Reply

Your email address will not be published.