Take a fresh look at your lifestyle.

Rempeyek Kacang Paling Sedap

26

Sape beli rempeyek ni..pasti menyesal.

Sungguh..

Kisah dia bermula awal tahun ni. Husband Sis Dila jenis suka makan kerepek dan rempeyek macam ni.

Satu-satu brand dia beli di Petronas dan walk in di offfice dia. Ada yang ok dan ada juga yang terlalu tak ok.

Dalam banyak-banyak tu, dia beli jenama ni kat Petronas. Dan bawa balik ke rumah.

Sis Dila jenis tak makan sangat, lagi-lagi kalau ada kacang. Biasa kalau makan pun akan buang semua kacang dan makan kerepek dia sahaja.

Sebab nampak husband dan Ayie makan sedap sangat- krup-krap bunyi nya.

Lepas satu-satu diorang ambil. Rasa nak try juga lah.

Gigitan pertama, krup….krap…krup..krap…rangup sungguh. Nipis dan sedap.

Rempeyek sedap beli kat sini

Tak sangka pulak sesedap tu… dan kacang dia pun ok. Tak ada rasa tengok.

Sebab utama Sis Dila tak makan kacang dalam kerepek itulah sebab dia. Walau pun ok, tetap tak makan habis kacang tu pada mulanya.

Bila dah try sekali, tangan laju je masuk dalam balang dan ambil lagi.

Sekejapan je sekeping rempeyek tu hilang dari pandangan. Masuk ke dalam gua yang bersusun dengan askar, dan terus di lumat-lumat sambil menikmati penuh kesedapan.

Fungsi deria rasa sangat memainkan peranan di sini.

Dan terus di bawa ke tekak untuk menjalani proses peristalsis…dan terus sampai ke perut dengan jayanya.

Then bila dah sedap macam tu, husband mula cari kat mana nak beli lagi ni. Sebab kat Petronas dan tak ada.

Terus kami search dan rupanya kilang dia kat Rembau.

Apa lagi…setiap kali balik Rembau, memang mencari stok lah jawab dia. Berpeket-peket beli. Sekarang yang paket ni dah tak ada. Dia pakai botol dah semua.

Sudahnya Mardhiah Qaseh pun terlibat sama.

Serius sedap. Menyesal kalau beli satu botol je. Sebab stok di Petronas biasnaya cepat habis.

Nak tau tip rajin memasak? Nah…baca sini

Alhamdulillah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.