Take a fresh look at your lifestyle.

Kucing Bawa Tuah – Grey, Kesayangan Semua

162

Kucing bawa tuah…

“Tak mahal tak pe… janji saya selesa”


Sebelum ni, kotak kecil je.. sekarang dah upgrade ke yang lagi besar siap ada pillow rimau lagi.. mewah gittew!


Walau bertukar sofa, tapi small toy tetap jadi kesayangan. Nampak ada satu je tu… yang lain sure dah bertindih bawah badan or bawah pillow dia.


Masuk pulak warna pillow rimau tu dengan warna bulu grey. Dan dia pun sangat suka lepak dalam ni.


Tapi rasa sofa dia ni tak tahan lama, tengok lah hujung-hujung sofa tu, walau dah balut dengan stiker mahal, brand fragile tuu … tapi dan nampak banyak terkopak sebab kena gigitan geram Grey.


Kadang Suna datang tolong gigit sama.


Sometime bila nampak Suna datang, cepat-cepat dia landing dalam sofa dia ni. Tak nak Suna kacau tempat privacy dia.


Yang Suna pulak, asyik dok nyakat Grey je. Tak takut langsung pada muka Geey yang bengis tanpa senyuman langsung!


Grey – Kucing bawa tuah

Sedar tak sedar dah 2 bulan Grey dalam family kami. Menceriakan dan menambah keindahan dalam kehidupan kami.


Salah satu sebab utama Sis Dila adopt Grey, adalah selepas dengar kuliah dengan Dato’ Rusly berkenaan dengan makhluk yang mendatangi kita.

Kita pun sentiasa dengar kan tentag kisah kucing yang bawa tuah ni… dan mereka juga memilih. Jika tengok di kedai makan, bukan semua orang didatangi kucing masa makan. Hanya yang terpilih sahaja.

Jom baca tentang Petunjuk Jalan Kekayaan. Sesuai untuk mereka yang buntu dan tersepit dalam kehidupan


Malam lepas dengar talk Dato’, esoknya Sis Dila terus minta izin suami untuk bawa Grey bela dalam rumah. Senang pula suami izinkan… ingatkan dia tak bagi sebab dah ada Suna.


Bila dia bagi, terus Sis Dila cari tempat grooming Grey.. sebab dia kan duduk dekat luar. Kena masuk spa dulu lah sebelum masuk rumah.


Dan sekarang Grey adalah sebahagian dari kami. Menceriakan dan terus menenangkan.


Grey ni, kalau nak minum air, dia akan minum air dari air pokok yang Sis Dila letak kat sinki. Pokok ni ada sebelum Grey ada lagi.

Senarai Makanan kucing yang terbaik di sini


Bila tau dia suka ini, Sis Dila letakkan pokok tu dalam mangkuk kaca khas untuk Grey.


Benarlah… kucing bawa tuah. Asbab rezeki dan menceriakan hidup kita. Rasulullah pun sukakan kucing.

Kalau nak bulu cantik macam Grey, boleh try bagi makan ini

Semoga Grey panjang umur dan terus berama kami. Kesayangan Adam dan semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.