Kerana Sepotong Doa
Kerana doa simple, Allah selamatkan dari nyaris di langgar 2 kali dalam sehari.
Khamis lepas, Suna ada appointment dengan vet pukul 8 pagi. Awal-awal lagi Sis Dila dan Oya bersiap dan bawa Suna ke sana.
Bila sampai, nampak klinik masih tutup dan ada beberapa orang sedang menunggu di luar.
Bila di tanya, mereka pun ada appointment yang sama.
Lantas SD tunggu dalam kereta. Dalam hati dah mula mengomel macam -macam.
“Dah tau app pukul 8, bukalah awal”
Tetiba realised sesuatu yang tak betul. Aish..
Cepat-cepat SD cakap ke diri sendiri dan Oya, mungkin mereka ada masalah ni… jalan jem, tetiba nak masuk toilet…tertinggal bag… dan kami gelak sama-sama.
Hampir 30 minit tunggu baru mereka sampai dan buka klinik. Sd just nak hantar suna je, pastu tinggal. Suna kena sunat.
Masa nak keluar dari klinik, SD perasan ada sorang lelaki, tinggi, India, datang ke klinik tu. Dia minta panadol. Then staf cakap, sini untuk haiwan sahaja. Lelaki India tu berlalu. Memang nampak muka dia berkerut. Mungkin sakit kepala yang tak tertahankan.
‘Ibu..orang tadi driver lorilah..tengok tu…” Oya tuding jari ke arah lori yang sedang parking ditepi jalan. Rupanya dia driver lori panjang yang isi muatan berat.
Maka kami berdua buat spekulasi.
Mungkin dia sakit kepala dan berhenti di tepi jalan untuk cari panadol. Memang bahaya kalau dia teruskan perjalanan sebab boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Tapi mengejutkan bila lelaki tadi start enjin lori dan mula bergerak. Ah..sudah! Uish…kami berdua pulak yang risau lebih-lebih. Iye lah takut jadi benda tak elok.
Ingatkan dia nak terus jalan, rupanya dia parking di tempat yang ok berbanding tadi. Bagus brother ni!
Dan kami pun berlalu dengan doa.
” Ya Allah, permudahkanlah urusan orang ini…kesian dia dia sakit kepala dan kena bawa lori pulak tu…semoga cepat hilang sakit kepala dia”
SD pesan ke Oya, biarpun dia India, kita tetap kena doakan dia. Doa kita tak kira bangsa. Oya mengangguk tanda faham.
Sampai di bulatan, Sis Dila just amik lorong paling tepi.
Macam perasan ada van putih kat belakang follow dari dekat. Tetiba van tu nak pancung dari depan nak masuk selekoh kiri.
SD punya debar, macam nak terkeluar jantung. Refleks – terus tekan minyak lajukan kereta.
Oya kat tepi terdiam tak kata apa. Dia hanya pandang SD penuh rasa takut.
Tanpa signal kereta tu main pancung macam tu je. Whatt?
Syukur Allah selamatkan kami.
Terus teringat…
” Oya.. Allah selamatkan kita. Mungkin doa kita untuk orang India tadi kan…”
Maka belanjutlah perbualan tentang doa.
Kejadian ke dua pula berlaku dalam pukul 2 masa ambil Ayie balik sekolah.
Kat Seksyen 7, Bangi, SD dah bagi signal untuk cross masuk ke kanan. Nak COD jam ke staf Gulai Panas. Nampak lori JNT berhenti dan bagi jalan, SD pun belok ke kanan. sambil angkat tangan abam JNT tu.
Tetiba ada kereta dari belakang lori JNT memecut dengan laju dan nyaris rempuh kereta kami. Masa ni juga refleks tekan minyak untuk lajukan kereta.
Fuh… Ayie yang kat sebelah dah pucat lesi SD tengok.
Yang ibu dia ni, lagi lah. Terbayang macm-macam. Dah lah bawa anak.
2 kali kejadian nyaris kena rempuh dalam 1 hari. Ke dua-duanya Allah selamatkan.
Terus SD ceritakan dan relatekan kejadian dengan Oya, perkaitan dengan doa untuk lelaki India tadi ke Ayie.
Bagi anak-anak tau dan faham, setiap satu doa yang kita hadiahkan pada orang lain, pasti ada bahagian untuk kita.
Sedekah ni, bukan hanya dengn duit… dengan doa pun bole. Dan doa yang baik adalah bila orang yang kita doakan itu, tak tahu menahu pun.
Sekecil-kecil kebaikan, semua Allah pandang.