Take a fresh look at your lifestyle.

Ini Rupanya Kedai Makan Sedap Di Bagan Lalang

23

Masa dah boleh merentas daerah… Sis Dila dan family tetap stay at home.

Mana nak pergi. Rasa tak ada tempat pun menarik kecuali balik Kelantan.

Tapi bila dengar adik Sis Dila ke Bagan Lalang, tiba-tiba rasa semacam je dan rasa teruja pula nak ke sana.

Bila cakap ke husband, macam tak lulus je. So Sis Dila diamkan je lah.

Tapi Sabtu lepas, tetiba husband ajak ke sana.

Rasa macam…
“serius lah nak gi sana?”
“sekarang ke?”

Bila dah diajak. apa lagi… terus kerah anak-anak bersiap untuk ke sana. Tanya banyak nanti tak jadi pulak..haha.

Dalam dekat pukul 5 gerak. Banyak juga kereta berpusu ke sana. Biasa ambil masa sejam je. Tapi kali ni dalam 1 jam 40 minit baru sampai.

Sampai sana pun dah lambat, dalam 6.30 petang. Sempatlah tengok sunset.

Kami makan dulu kat Restoran Senandung Malam. Masa sampai dah ada orang beratur. kami sambung bagi lagi panjang hahha.

Makanan memang sedap. Simple je, amik sotong celup tepung, kerang rebus, pepahat dan ikan. Air pula fresh orange satu jug.

Seronok sangat makan, sampai satu gambar pun tak snap. Tambah lagi memang tak makan berat hari tu. Memang menikmati sungguh.

So, kita pakai mana gambar yang ada je lah kan.

Untuk tempat makan yang sedap di Bagan Lalang boleh refer di sini

Lepas makan, terus ke pantai.

Walau malam, Sis Dila ajak anak-anak buka kasut dan pijak pasir pantai.

Lama sangat berkurung. Sampai lupa rasa macam mana pijak pasir tu.

Feel dia macam

‘Lembutnya pasir’
‘lamanya tak pijak pasir’
‘lamanya tak sentuh air pantai’
‘Bestnya…’

Anak-anak nampak seronok sangat. Siap melukis-lukis di pasir. Gelap? Buka lampu kat fon.

Yang best lagi, nampak ramai juga yang bercamping di sepanjang pantai tu. Siap pasang khemah.

Ada yang siap jemur pakaian dah. Nampak macam memang bermalam kat situ. Oh..seronoknya!

Ada juga yang nyalakan unggun api. Memang heaven sangat.

Oh… tetiba rasa nak stay situ jugak.

Bila tengok ramai yang bercampign sepanjang jalan tu, rasa macam nak join sama juga.

balik rumah Sis Dila survey kat Shopee peralatan berkhemah..hahaha

Prepare siap-siap. Mana tau minggu depan husband ajak bercampign pula.

Leave A Reply

Your email address will not be published.