Take a fresh look at your lifestyle.

Ciri-Ciri Wanita Bahagia

16

Ciri-ciri wanita bahagia, memang bahagialah sesiapa yang dapat amalkan ini.

Hari ni Sis Dila spend masa untuk baca buku yang dah lama beli, tapi tak baca-baca. Elok je terususun bawah buku-buku lain. Memang tak perasan.

Sampailah Ustazah As mesej kat Telegram tanyakan dah baca ke belum. Huhu…

Terus SD teringat buku tu. So usahakan juga untuk luangkan masa untuk baca. Sebab ramai yang cakap buku ni bagus dan sangat bermanfaat untuk kaum wanita yang sedang berusaha untuk menjadi baik.

Lepas baca 1 page pun dah rasa bahagia.

So SD luangkan masa untuk share dan post kat sini sama. Semoga korang pun dapat manfaat dari sini juga.

6 cara untuk menjadi wanita bahagia dan berjaya

Ciri-Ciri Wanita Bahagia bila….


1- Sentiasa yakin

Yakin bahawa disebalik kesulitan pasti ada kemudahan.


Biar apa pun ujian dan masalah yang kita hadap, selesaikan dengan tenang kerana selepas itu pasti ada sesuatu yang indah sedang menunggu kita. Yakinlah.


2- Sentiasa bersyukur

Syukur atas segala nikmat yang Allah berikan walau sekecil manapun.

Pasti Dia tambah lagi seperti janjiNya.


Redha, sabar dan tawakkal atas segala ujian yang Allah berikan.


3- Sentiasa memaafkan untuk mencapai ciri-ciri wanita bahagia

Memang sukar, tapi itulah ubat dia.


Hidup dalam dendam, diri sendiri tidak tenang.

Maafkan dan lupakan lebih bermakna untuk hidup kita dan sekeliling.


4- Sentiasa husno dzon

Sentiasa positif dalam apa jua keadaan.


Jika berlaku situasi negatif, pandang pengajaran dari sudut positif.


Ini boleh elakkan kita terus dalam emosi tak best yang tak berkesudahan kerana terlalu memikirkan keburukan sesuatu perkara yang berlaku


5- Jauhi marah

Marah akan merosakkan banyak keadaan keadaan.


Suami yang marah tanpa sebab akan merosakkan hubungan suami isteri.


Ibu yang marah anak yang keterlaluan akan melukakan emosi anak dan menumbuhkan satu kenangan pahit dalam hidup anak. Menerbitkan rasa benci dan dendam.


Kendalikan perasaan marah dengan bijak.


6- Kurangkan keinginan.

Biasalah perempuan, nafsu dia banyak. Nak itu dan nak ini.


Tapi semua tu kita boleh kawal dan kendalikan dengan baik bila kita fikir akan kepentingan sebenar sesuatu yang kita nak tu.


Baca buku-buku macam ni boleh menerbitkan rasa nak menjadi semakin baik dan berbuat baik setiap hari.

Boleh dapatkan bulu tu di sini


Bacalah.

Spend masa bersama family pun ciri-ciri wanita bahagia juga. Bawa family nikmati pantai sambil makan-makan di sini, satu bonding yang menyeronokkan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.