Take a fresh look at your lifestyle.

Beg Tangan Murah Tapi Puas Hati

431

Kali pertama beli beg tangan murah macam ni, tapi puas hati.

“Cuba teka berapa beg ibu ni?” Sis Dila tanya Ayie sambil menayangkan beg yang baru sampai dengan penuh senyum happy.

” RM100!” Pantas Ayie jawab tanpa pikir panjang. Jawapan yang buat ibu sengeh sampai telinga.

Serius ah… mahalnya Ayie teka beg ni. Huhu

“RM30 je ibu, sebab nampak baisa-biasa.” Jawab Adam dengan tahap konfiden level yang sentiasa up.

Terus ibu gelak besar. Semua tekaan meleset sama sekali. Salah!

Korang yang sedang baca ni teka berapa? Hehehe..

“Habis tu berapa ibu? Tak kan RM5 pulak…?” Adam masih cuba menebak Tak puas hati bila jawapan dia salah. Muka dan mula berkerut. Yang ni sorang memang macam ni.

“Sikit lagi Dam… tambah sikit je lagi.” Saje buat Adam terus teka dan penuh rasa nak tau.

Beg Tangan Murah Yang Sangat Berbaloi

“RM8 je…” Ibu jawab sambil sengeh dan puas hati sebab anak-anak salah teka. Hahaha…

Bila cakap ke husband pun, dia teka harga beg ni 3 angka ke atas. Huhu…

Sebenarnya tak plan pun nak beli beg tangan murah ni, tapi sebab masa beli slig beg Adam kat Shopee, alang-alang beli 1 barang, baik tambah barang lain yang mungkin perlu ada di kedai yang sama tu. Bayaran pos sekali sahaja.

Sis Dila beli kat kedai ini

Ada 3 warna. Sis Dila lebih suka warna light brown ni.

Bila nampak beg ni, macam berkenan pula.

Beg Tangan Murah Pun Cantik

Then, bila tengok harga RM8, rasa macam dah boleh agak lah kualiti dia. Biasa-biasa sahaja. Harga pun macm tu kan. Kat kedai pun tak dapat harga ini.

Sebab beli supaya tak rasa rugi bayar postage.

Tapi bila barang sampai, terkejut juga bila tengok kualiti beg ni. Serius tak lah seperti yang dibayangkan tu.

Kaler pun cantik, jahitan pun, ok lah.

Kalau di kedai, maybe dijual dengan harga dalam RM30 – RM50.

Sis Dila suka sebab beg ni tegak, saiz pun kecik molek. Boleh masuk purse dan fon.

Boleh lah buat hantar anak sekolah. Dari dok bawa fon dan purse macam tu sahaja kan… kang tak pasal-pasal missing or jatuh, better masuk dalam handbeg ni.

Mungkin ini barang RM8 yang paling berbaloi yang Sis Dila beli di Shopee.

Tapi dalam hati berdebar juga.. hahhaa.. nantikan tak pasal-pasal pula En Suami dah tak bertanggungjawab dalam pembelian beg isteri. Hahaha.

Beg ni kalau dapat kat Grey sure dia cium-cium sampai puas dan dapat feel bau. Kalau benda baru macam tu lah Grey.

Yang tak pernah tengok lagi Grey boleh tengok kat sini

Selain beg tangan murah ni, Sis Dila juga ada beli baju tidur dari kedai yang sama… not bad. Cuma yang harunya, silap beli saiz.

Sebab geram dan sakit hati, tu malas nak snap..huhu.

Oh ye… kalau jumpa kat mana-mana jangan pulak tanya soalan ‘ni ke bang yang RM 8 tu ye” …hahahaha.

Leave A Reply

Your email address will not be published.