Take a fresh look at your lifestyle.

Adibah Noor – Sentiasa Dalam Ingatan.

1

Sis Dila suka sangat dengan Allahyarhamah Adibah Noor. Apa sahaja tentang dia memang menarik perhatian.

Semangat, kata-kata dan suara dia memang selalu jadi perhatian.

Memang terkejut sangat bila baca berita tentang kehilangan dia.

Pagi ni SD baca di FB Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah berkenaan dengan kebaikan arwah yang baik dan perlu kita contohi.

SD share kan di sini sama… supaya korang semua pun dapat baca dan dapat pengajaran dari sini

7 kebaikan Allahyarhamah Adibah Noor yang wajar kita semua contohi:

  1. Beliau bersifat pemurah.

Bukan semua ada sifat mulia ini. Ramai rakan artis yang mengenali beliau, sentiasa sifatkan beliau ini selalu belanja makan, tak lokek dengan memberi dan bersedekah.

  1. Arwah penuh dengan sifat penyayang dan peramah.

    Tiada jurang dengan peminatnya. Beliau ramah dan sering membalas komen atau tweet peminatnya dengan penuh kebaikan dan sentiasa positif.
  2. Kaya dengan kata-kata indah

    Sangat menjaga bahasa dan tutur kata. Beliau mahal dengan kata-kata aras tinggi dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu dan English yang ada sleng memukau. Sangat educated.
  3. Berbakat dan suka asah bakat.

Berdiri atas bakat sendiri. Hidup beliau setiap adalah belajar dan memperbaiki bakat. Mengasah lebih baik dan sentiasa berniat untuk berikan yang terbaik pada audience.

  1. Guna media sosial ke arah kebaikan.

Arwah Menggunakan platform media sosial ke arah kebajikan. Bukan untuk kepentingan diri semata-mata.

Selalu retweet dengan cara membantu orang awam dan juga haiwan peliharaan. Beliau buat dengan sukarela dan ikhlas.

  1. Kelakar dan sangat disenangi

Beliau sentiasa membuat orang lain ketawa dan tersenyum. Ini membuatkan ramai yang senang dan suka dengan beliau.

Semua orang yang meluangkan masa dengannya sentiasa dapat aura positif dan sangat menenangkan bila bersama dengannya.

  1. Sentiasa memberi inspirasi

Kata-kata beliau sarat dengan inspirasi dan pengajaran.

Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat dan motivasi buat orang di sekelilingnya.

Hilangnya sebuah butir mutiara seni yang pasti dirindui buat tanahair kita di Malaysia. Semoga kebaikannya terus mengalir dan menginspirasi kita semua ya.

Semua info ini adalah melalui penelitian dan pembacaan di berita dan internet ya.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Semoga kebaikan mengalir berterusan untuknya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.