Take a fresh look at your lifestyle.

Ulam Kangkung Cicah Budu, Sedap!

62

Penangan ulam kangkung cicah budu.

Petang tadi, sempat Sis Dila pergi ke opis. Gi petik kangkung ni.

Buat ulam mentah je di padankan dengan timun jepun, cicah dengan budu penyek cili hijau. Perah limau sikit.

Then ada ikan ayo singgang.

Fuh… sedap sengoti!

Nampak anak-anak dan husband makan sangat berselera. Siap bertambah nasi.

Yang mana nak kempiskan perut dengan cepat dan selamat, refer sini ye

Memula tengok Adam makan, dia terus amik ulam kangkung cicah budu dan terus makan macam tu je.

Uish…hahahaha…

Then Sis Dila ajar dia, cara makan kangkung ni, kena lipat-lipat dulu, baru cicah budu. Then baru makan.

Ini penting supaya tidak tercekik. Sebab daun dan batang kangkung tu panjang.

Anak-anak memang jenis makan ulam. Dah diajar sejak kecil lagi. Petai dan jering pun makan diorang ni.

So memang masuk lah dengan ibu dia yang memang orang kampung sejati ni.

Kangkung ni, Sis Dila tanam akar dia je.

Yang beli di kedai, potong akar, then cucuk dalam bekas polisterin putih.

Yang mana benih kangkung yang subur boleh tengok di sini

Tak sampai 4 minggu pun rasanya, dah boleh makan hasil dah.

Mungkin subur sebab sekarang kan selalu hujan.

Tadi, husband siap tanya, ada lagi ke kangkung ni kat opis 😉

Sedap la tu…

Nanti beli kangkung pasni, memang kena simpan bahagian akar, untuk ditanam lagi.

Try lah buat… sure happy bila dapat hasil.

Settle bab ulam kangkung cicah budu untuk malam ini.

p/s – Gambar macam blur sikit. Dah tak boleh nak snap lain dah, sebab semua kangkung dah selamat masuk perut

Leave A Reply

Your email address will not be published.