Take a fresh look at your lifestyle.

Tips Rajin Memasak

239

Masak ni satu cabaran juga buat seorang isteri. Sebab kalau tak ada mood dan tak fokus, makanya ke laut dalam lah jadinya masakan kita tu.

Mulalah jadi terlebih masuk garam, makanan jadi terlalu masin, terlebih masuk air masa masak nasi, nasi jadi lembik sangat.

Sebagai isteri, ibu dan suri rumah separuh masa ni, jaga emosi adalah sangat penting. Always happy dan positif.

Suami dan anak-anak pun memainkan peranan penting dalam bab ini. Bantu mana yang patut. Ringankan beban isteri.

Ha..barulah seronok isteri nak masuk dapur dan masak best-best untuk family tersayang.

Macam Sis Dila yang tak berapa pandai nak masak ni, Sis Dila just masak simple-simple sahaja. Yang penting suami dan anak-anak suka dengan masakan tu.

Terkadang nak try masak yang pelik-pelik tu, Sis Dila google kan aje! Mudah sekarang ni.

Kat bawah ni Sis Dila share 10 tips macam mana Sis DIla kekalkan mood untuk rajin masak. Tapi kadang kelaut juga. Order Panda lah jawabnya..huhu.

10 Cara Sis Dila Untuk Rajin Masak Setiap Hari –

1- Sediakan bahan masakan yang cukup. Bahan basah dah ready dalam peti ais.

2- Potong siap-siap dan basuh segala jenis sayur. Bila nak masak, just ambil dan campak-campak sahaja.

3- Masukkan dalam bekas yang kita suka. Tak perlu mahal. Kedai RM2 pun banyak bekas-bekas cantik.

Kebanyakan bekas kat atas tu Sis Dila beli kat shope je https://invol.co/cl7g97m

4- Untuk lauk, basuh dan potong siap-siap untuk sekali masak. Jika nak masak tengahari, pagi dah keluakan. Supaya ia mencair tanpa rendaman air.

5- Jika selalu buat breakfast goreng mee, bihun or kuetiow, potong isi ayam kecil-kecil supaya boleh terus guna masa nak masak. Mudah.

6-Pastikan bihun, mee dan kue tiow selalu ada dalam simpanan. 1 hari 1 menu breakfast. Anak-anak boleh bawa bekal ke sekolah.

7- Buat menu siap-siap untuk seminggu. Beli barang keperluan masak berdasarkan menu yang dah di rancang

8- Jaga keadaan dapur supaya kemas dan selesa. Bagi mood nak masak sentiasa ada.

9- Masa masak, bacalah apa-apa doa atau selawat. Berkat makanan yang kita masak, family bertambah rapat dan penuh kasih sayang.

10- Makan bersama-sama. Bila tengok anak-anak dan suami makan dnegan berselera, sure esok rasa semangat nak masak lagi.

Ingat, air tangan ibu merapatkan kasih sayang antara family

Leave A Reply

Your email address will not be published.