Take a fresh look at your lifestyle.

Resepi Pengat Pisang Paling Sedap

44

Resepi pengat pisang paling sedap ni memang lejen. Kalah beli kat kedai.

Ada satu bahan rahsia yang mungkin ramai tak tahu!

Bila masuk bahan ni… rasa dia sedap sengoti.. sungguh tak nipu sket habuk pung!😍

Resepi ni dari bonda Sis Dila turun temurun. Resepi lejen nenek moyang dari Kelate dan Siam.

Rasa dia.. susah nak describe. Memang kena try sendiri.

Kombinasi gula melaka, santan dan daun pandan tu memang padu giler. Pallut molek! Kata orang Kelantan sejati.

Rasa lemak manis, bersama rasa manis ori dari pisang tu, buat rasa tak nak berhenti makan.

Resepi pengat pisang paling sedap ni kena buat pekat-pekat sikit, jangan kedekut santan dan gula melaka. Nanti tak sedap.

Resepi ni boleh juga diapply untuk masak bubur juga.

Makan masa hujan dengan pulut pula tu… uk alohhhhh.!

Pisang ni, adik Sis Dila bawa dari Kelantan. Bonda cakap nama banana ni pisang kebatu kari. Nama ni tak pernah dengar huhu..pandai makan je. Tapi serius pisang ni sedap bila dibuat pengat.

Pisang ni boleh potong kecil-kecil supaya cepat meresap kuah ke dalam. Dan paling penting dia cepat lembut.

Pengat pisang sedap kalau dia lembik-lembik sikit. Lagi-lagi bila kuah dah masuk ke dalam isi pisang ni. Lagi sedap.

Ini pun penyedap rasa dan pemekat kuah. Sagu.

Sagu ini kena rendam dulu pastu toskan. Rendam dalam 30 minit pun dah ok. Sebelum potong pisang dan sediakan bahan lain, rendam dulu sagu ni.

Resepi Pengat Pisang Paling Sedap

1 ikat pisang kebatu
1 1/2 santan Kara – santak kotak saiz kecik
1 ketul gula melaka ( Sis Dila pakai yang bulat keras tu)
3 sudu sagu – rendam dulu dalam 30 minit
3 sudu lepok – Nak pakai durian pun ok
1 sudu kecil garam
3 sudu gula putih
5 helai daun pandan – koyak tengah dan simpul
3-4 gelas air ( jika nak banyak kuah kena tambah santan lagi)
-boleh ejas ikut selera masing-masing.

Panaskan air dengan daun pandan sehingga mendidih. Masukkan sekali gula melaka tadi.

Bau dia memang rare… ala-ala kampung gitu. Mengimbau bau masakan bonda satu ketika dulu

Bila dah mendidih, masukkan sagu. Biarkan seketika. Sagu kena masuk awal, sebab dia lambat masak sikit.

Bila dah nampak sagu tu dah jadi jenih, masukkan santan, dan pisang.

Seterusnya gula dan garam.

Nak lagi sedap, tambah lepok atau durian.

Sis Dila masukkan lepok sebab memang dah ada dalam peti ais. Abang dari Perak hantarkan. Dia buat sendiri.

Lepok ni dengan kata lain isi durian fresh yang dimasak sampai kering dan dicamur dengan sedikit santan dan gula.

Masak sampai mendidih dan tunggu sehingga pisang lembut.

Rasa dan tambah gula jika perlu.

Nak sedap lagi, makan dengan pulut.

Nak tips rajin masak? Boleh tengok sini

Tengok ni… Adam tak sabar-sabar dah nak makan. Bau dia betul-betul membangkit selera.

Adam dah tak tunggu ibu, terus sendukkan sendiri ke dalam mangkuk dan makan dengan penuh selera.

Pakai pisang ni pun sedap buat pengat pisang

Leave A Reply

Your email address will not be published.