Take a fresh look at your lifestyle.

Resepi Pasta Spiral Goreng – Bekal Anak Ke Sekolah

501

Spirageti versi masak dalam 20 minit sahaja. Bahan untuk resepi pasta spiral goreng ni pun mudah dan senang dapat.

Kalau bahan semua dah ready, lagi cepat masak ni.

Setiap hari biasanya Sis Dila akan sediakan bekal sekolah anak.

Nak tips rajin masak setiap hari? Klik sini

Bermula dari nasi goreng, bihun, kuetiow, spiralgeti, roti telur, wrap, nasi lemak…pusing-pusing resepi ikut menu dan bahan yang ada kat dapur.

Kadang-kadang kalau tak sempat sangat, nugget tu Sila goreng apaki airfyer dan nipis halus-halus susun dalam wrap Gardenia. Susun sekali dengan salad, timun dan lumur dengan sos dan mayonis.

Walau sesimple mana, tetap habis.

Itu yang nikmatnya bila masak ke anak-anak ni. Kebanyakan makanan ibu masak licin dikerjakan.

Kecuali yang memang tak leh telan..hahaha.

Spiralgeti ni Sis Dila buat simple sahaja.

Resepi Pasta Spiral Goreng

Dapatkan bahan resepi pasta spiral goreng di sini

Guna 1 bungkus Spiral – brand tak kisah – rebus
Kalau nak cepat, untuk masak pagi, malam dah rebus siap-siap pasta ni.

Bahan kuah
2 tin Prego Traditional- yang kecik harg RM4.50
1 biji bawang holland – dadu
1/2 biji carrot – dadu
semangkuk sisi ayam-dadu
6 sosej- potong kecik

Then lepas masak kuah tu, Sis Dila terus campur sekali spiral. Then kacau-kacau bagi sebati macam mee goreng.

Nak bawa ke sekolah, tak leh basah sangat. Nanti meleleh. So bagi dia lembap-lembap je.

Resepi pasta spiral goreng ni, sangat mudah nak buat. Kalau ajar ke anak-anak pun cepat je diorang boleh buat.

So makanan ni biasanya akan bertahan sampai tengahari.

Masa nak ambil anak-anak sekolah, biasanya Sis DIla akan bawa bekal dalam kereta.

Depa masuk je kereta, dah ada makanan. So tak perlu berhenti beli makanan dah. Jimat! Bijak kan ibu..hahaha.

Leave A Reply

Your email address will not be published.