Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman.

Saya yakin dan percaya, kalian yang hadir ke laman web ini adalah benar-benar ingin lakukan transformasi dalam hidup.

Ini kisah hidup saya…

Saya Adilah Ibrahim.

Lebih dikenali dengan nama panggilan Sis Dila.

Saya merupakan seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata dan juga surirumah sepenuh masa.

Saya jalani rutin hidup seharian dengan uruskan persekolahan anak-anak sambil jalankan bisnes dari rumah.

Senang cerita, saya jadi Work At Home Mum (WAHM).

Dari bisnes santai-santai, saya semakin serius berbisnes dengan restu dan izin suami.

Saya mula berbisnes dari rumah sejak tahun 2004.

Tapi pada masa itu, semua bisnes adalah berbentuk produk fizikal dan pengedaran dalam Malaysia sahaja.

Pada tahun 2011, saya mula terjebak dengan bisnes di ebay.

Masyuk juga pendapatan yang diterima hasil berbisnes di ebay.

Tapi disebabkan tidak konsisten, bisnes ebay yang saya jalankan terhenti di pertengahan jalan.

 Pada tahun 2019 saya kembali beraksi di platform ebay.

Saya beli ebook dan juga hadir ke bengkel ebay untuk tambah ilmu pengetahuan serta strategi berbisnes di ebay.

Inilah pengalaman saya hadir ke bengkel ebay yang dikendalikan oleh otai bisnes di platform ebay.

Fuhh, memang terus bertambah semangat untuk mengorak langkah dalam bisnes ini.

Pada masa ini juga, saya mula sedar bahawa banyak produk tempatan yang boleh dipasarkan di peringkat antarabangsa.

Antara produk yang pernah saya pasarkan adalah ubat nyamuk, daun pandan, ubat gigi, petai dan bermacam-macam lagi.

Saya jadikan Shoppee dan kedai setempat (Mydin dan Speedmart) sebagai gedung supplier untuk saya dapatkan stok barangan yang dijual di ebay.

Parcel nak terbang ke oversea pun dah mula bertimbun memenuhi ruang kerja saya. Hehe~

 Sejak hari itu, saya mula konsisten berbisnes di ebay.

Nak dapat income 4 angka sebulan adalah cukup mudah sebenarnya.

Inilah bukti income masa awal kebangkitan saya di platform ebay.

Alhamdulillah, saya telah berjaya konsisten jana income 4 angka sebulan.

Kini, saya mula berkongsi tentang bisnes di ebay.

Boleh join channel Telegram saya untuk baca perkongsian tentang bisnes di ebay ini.

Saya juga mula kendalikan bengkel ebay sebagai satu cara untuk support mereka yang dapatkan ebook beserta bengkel ebay melalui saya.

 Mungkin ada yang suka google atau tonton sahaja video di youtube.

Tapi sampai bila kita nak langgar dinding dan terus buat silap dalam berbisnes kan.

Jadi saya memang recommend sahabat yang nak mulakan bisnes di ebay untuk belajar gunakan ebook yang sama seperti saya gunakan sekarang.

Saya kira ia adalah pelaburan yang membawa pulangan berganda dalam akaun bisnes kita.

Saya recommend ebook yang paling mudah untuk dirujuk geng Newbie.

Sebabnya, memang diajar step by step macam mana untuk mulakan bina bisnes di platform ebay.

Nak saya bantu tunjukkan jalan bisnes di ebay?