“Successful people do what unsuccessful people are not willing to do.

Don’t wish it were easier; wish you were better.”¬†

— Jim Rohn

About Me

Siapa Adilah Ibrahim

Nama diberi Rabiatul Adilah Binti Ibrahim. Saya merupakan anak ke-8 daripada 10 orang adik-beradik dan majoriti adik-beradik saya adalah seorang guru.

Saya memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ibrahim 2 dan saya mendapat straight A’s (4A) dalam UPSR.

Kemudian saya melanjutkan pendidikan di peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Agama Arab Pasir Mas, Kelantan. Pada masa itu, saya mendapat keputusan 7A dalam PMR.

Masuk sekolah menengah atas, saya menyambung pendidikan di Sekolah Menengah Agama Naim Lilbanat dan kemudiannya berjaya melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi.

Seterusnya, saya melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Bio Kimia.

Selepas graduasi, saya terus menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana juga di UKM dan pada masa yang sama saya mendirikan rumahtangga.

Pengajian diteruskan tetapi terhenti selepas mengandungkan anak yang pertama. Sehingga kini, ia terhenti begitu sahaja.

Perjalanan Karier Dan Bisnes

Pada mulanya, bisnes adalah bukan atas kehendak sendiri. Saya tak minat bisnes dan tak tahu apa pun tentang bisnes. Saya berbisnes kerana disitu adanya restu seorang suami yang mahu lihat isterinya berjaya sebagai seorang businesswoman.

Saya melalui beberapa fasa perjalanan bisnes sebelum akhirnya saya temui lubuk bisnes yang menjadi titik permulaan satu tansformasi dalam bisnes saya.

Antara bisnes yang pernah saya lakukan ialah;

  • Tuisyen¬†
  • Jual Topup
  • Setup Blog
  • Translator
  • Ebay
  • Berniaga di Facebook (Mekap)

5 Perkara yang saya fokus

%

Online Business

%

Affiliate

%

Self-Development

%

Travel

%

Coaching